Monday, November 26, 2007

UPSR - Tatabahasa - Kata Kerja


NOTA KATA KERJA

1. Kata kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan.

2. Perbuatan dilakukan oleh manusia, binatang, atau benda.

3. Kata kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(a) kata kerja transitif (b) kata kerja tak transitif

4. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat.

Contoh : Kakak membasuh baju.

“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat tersebut.

5. Kata kerja transitif dapat dibahagikan pula kepada dua, iaitu:

(a) kata kerja transitif dalam ayat aktifContoh : Puan Minah membuka pintu bilik.

(b) kata kerja transitif dalam ayat pasif.Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.

6. Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.

7. Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat.

Contoh: Kumar berenang..

“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya.

8. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu

(a) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap


Contoh : Ibu saya masih tidur.

(b) kata kerja tak transitif berpelengkap


Contoh : Kami tinggal di Seremban.





No comments: