Saturday, December 8, 2007

Ujian Diagnostik Tatabahasa
1 Penyeludup itu ditangkap __________ sedang memunggah barangan seludup dari kapal.

A jika

B ketika

C sambil

D setelah

2 Kaki Mohan terseliuh __________ patah?

A dan

B atau

C sambil

D ketika

3 Lori tanki itu terbalik ______________ terbakar.

A lalu

B akan

C serta

D sambil

4 Projek itu tetap dijalankan ___________ mendapat bantahan daripada penduduk kampung.

A meskipun

B sekiranya

C malahan

D lalu

5 Baju kurung itu tidak cantik ___________ selesa dipakai.

A dan

B tetapi

C serta

D sambil

6 ____________ pemimpin ______________ rakyat perlulah bersama-sama membangunkan negara.

A Baik…mahupun

B Entah…entah

C Sungguhpun…namun

D Walaupun…tetapi juga

7 ___________ pulang dari luar negeri, perangai Fuad agak ganjil.

A Sejak

B Serta

C Selama

D Sehingga

No comments: